e
m
P
t
Y
Tried to take a picture; Of love
I wanna fill this new frame; But it's Empty
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
I wanna fill this new frame; But it's Empty
profile
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
Tried to write a letter; In ink
I've got a piece of paper; But it's Empty
I've got a piece of paper; But it's Empty
Keredhaan Allah
Saturday, September 22, 2018 ( 9:47 AM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Pernah atau tidak kita tertanya, mengapa perjalanan hidup kita tidak pernah sama dengan apa yang kita impikan? Pernah atau tidak ia menjadi tanda tanya mengapa yang kita sayang, mengapa yang kita rasakan tidak patut untuk perkara itu pergi dari hidup kita, tetapi akhirnya ia akan pergi juga? Dan akhirnya kita duduk terpaku, kita tunduk kebawah, menangis dan bertanya kenapa? Di saat kita merintih itulah sebenarnya ada yang sedang melihat.
Sesungguhnya Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang itu bukanlah untuk memberi kesengsaraan dalam hidup hambaNya, tetapi kita yang sering tersalah anggap terhadap Allah. Pabila kita sering bertanya kenapa, maka sesungguhnya kita masih lagi tidak boleh menerima takdir Allah. Terkadang ia sangat sukar untuk menerima kenyataan, pabila yang kita inginkan, pabila yang kita impikan tidak dapat menjadi kenyataan. Tetapi bersikap baiklah pada Sang Pencipta, Dia maha mengetahui semuanya.
Dan sesungguhnya, itulah yang dinamakan sebagai ujian atau dugaan Allah untuk hambaNya. Dugaan ini bukanlah untuk memberi kesengsaraan, tetapi percayalah, setiap yang berlaku itu punya hikmah yang Allah tetapkan. Dan terkadang ujian yang Allah berikan, tidak lain hanyalah kerana Dia rindu hambaNya yang sudah lama tidak merintih kepadaNya, hambanya yang sudah lama tidak bangun pagi sujud kepadaNya. Itulah dia datang sekejap ujian. Percayalah, pada akhir kesemua dugaan itu, akan ada satu perkara gembira yang Dia akan bagi. Paling paling pun ketenangan diri yang teramat sangat.
Berfikir baiklah kepada Allah.
Ketenangan diri hanya boleh dicari pabila kita terus rapat denganNya.
Dari situlah Dia akan terus mengilhamkan kita untuk memilih perkara yang baik, dan terus memilih jalan yang benar.
Jalan yang terus diredhaiNya.
Berusahalah terus mencari keredhaanNya.
Barakallah.
memories
Wednesday, June 27, 2018 ( 7:33 AM )
Sebuah pertemuan yang membawa harapan.
Bermula dari satu perkenalan biasa di sebuah sekolah yang tidaklah begitu gah namanya di Johor, hanya sebuah sekolah harian biasa dan banyak menampung penduduk sekitarnya. Aku ditemukan dengan seorang insan yang bertuah, mungkin kali, aku yang bertuah tetapi bukan dia (why?) kerana dia terlalu baik untuk aku, dan aku sangat bertuah kerana dapat orang yang aku sayang.
Bermula daripada pandangan pertama aku,
di hari yang pertama persekolahan. Hatiku sudah berputik mahu berkenal, walaupun dimata orang lain nampak biasa, dimata aku dia adalah insan istimewa, tetapi tidaklah semudah itu, ia memerlukan satu susun atur yang bijak untuk memenangi hati seorang perempuan yang teristimewa. Maka, dari hari pertama aku sentiasa memerhati setiap gerak langkahnya, perkara apa yang selalu dilakukan, apakah perkara yang dia minat, sehinggalah aku memerhati dimana rumahnya. Setelah semua informasi tentang dirinya sudah ketahui, maka barulah aku mula bergerak maju sedikit untuk berkenal.
Bermula daripada sebuah perbualan ringkas,
maka aku terus mengambil langkah untuk mengajaknya belajar bersama, memandangkan aku dianugerahkan sedikit ilmu lebihan yang boleh dikongsikan bersama, terus aku mengajak dia belajar di perpustakaan selepas sekolah, maka dari situ boleh lah aku mengambil masa untuk berbual dengannya walaupun hati sangatlah malu pada masa itu.
Perkenalan kita semakin lama semakin rapat, yang akhirnya membawa kepada sebuah percintaan yang luar biasa pada aku. Setiap hari aku terus jatuh cinta kepadanya, dia terlalu baik untuk aku, seorang yang sentiasa ada untuk aku, seorang yang sentiasa mahu menolong aku, seorang yang terlalu sayangkan aku. Aku sangat bertuah. Dan dari situ, aku menyusun niat untuk membina sebuah kebahagiaan bersamannya satu hari nanti, amin.
Terima kasih sayangku !
Realiti Hidup
Friday, June 16, 2017 ( 6:55 AM )
Pergi,
Kau akan rasa masa itu berlalu pergi terlalu cepat, meninggalkan segala kenangan yang kau bina hanya dalam sekelip mata, sehingga tiada masa untuk menyingkap satu per satu kenangan yang dibina. Memang bila kau fikir kembali, kau akan merasa seronok jika dapat undurkan masa, pergi kembali ke dalam zaman keseronokkan. Sedarlah, realitinya masa akan terus berlalu, dan semakin kau besar, kau akan rasa dunia kau menjadi sangat sempit, masa kau menjadi sangat sedikit, diri kau bukan lagi macam yang kau impikan sewaktu muda. Dugaan yang datang bukan lagi dari satu arah.
Semakin besar,
Dunia kau hanyalah seperti di dalam sebuah sistem yang diurus secara berulang sehinggalah kau mati. Pagi belajar malam tidur, itu lah realtinya sewaktu belajar. Jika di alam pekerjaan, pagi kau, keluar bekerja dan malam kau hanya untuk tidur. Kau akan ulang semuanya hanya untuk sesuap nasi, hanya untuk sekeping kertas. Sehingga kau lupa yang diatas, sehingga kau lupa membuka kitab tinggalan zaman. Sehingga kau lupa tugas sebenar kau sebagai khalifah. Apabila Tuhan kau hanyalah sekeping kertas.
Carilah,
carilah masa yang sesuai untuk kau duduk, sambil melayan sebuah music instumental, fikir sejenak, siapa Tuhan kau yang sebenar? Renung kembali masa kecil kau, penuh dengan kegembiraan setiap hari, keluar pagi petang berlari dengan senyuman, penuh dengan gelak tawa. Walau itu semua hanya kenangan, tapi perkara itu boleh menyedarkan bahawa hanya kepada Allah sahaja untuk diri ini patut tunduk. Duit, rumah dan kereta yang besar hanyalah sebuah kemewahan dunia. Kitab yang kecil itulah yang bawa kau kejalan benar.
Hidup lah untuk akhirat.
Tiada noktah.
Friday, May 26, 2017 ( 2:22 AM )
Gagal bukan noktah.
Di sebalik kegagalan kau jumpa seribu cabang kejayaan yang kau tidak pernah menyangka. Di sebalik kegagalan dalam segala rancangan kau merupakan titik permulaan sesuatu kehidupan baru untuk kau. Mungkin juga, kegagalan untuk dapatkan apa yang kau inginkan itu merupakan sebuah jalan menuju lebih dari apa yang kau sangkakan. Mungkin juga, yang kau habiskan masa untuk menangis itu hanyalah satu perancangan yang masih lemah, dan ia sedang menutup seribu jawapan bagi semua persoalan dalam hidup kau. Maka kau harus berserah, itu yang benar. Letaklah hati kau di dalam genggamanNya.
Yang noktahnya bila kau mengambil keputusan untuk terpaku. Maka kau harus menangis kerana tidak mampu melangkah. Menangislah kerana kau ditinggalkan oleh orang orang yang bersama sama kau setiap masa. Tetapi mereka semua sedang melangkah jauh manakala kau terpaku tidak tahu apa yang harus kau lakukan. Sambil terus memikir jalan singkat untuk memotong mereka? Tiada jalan singkat dalam hidup. Nak berjaya mungkin seribu macam derita kau akan hadap, dan semua itu akan dipermudahkan jika kau rapat dengan Dia. Jika kau jauh, percayalah, kau hanya berjalan di dalam sebuah gelung, yang berpusing di tempat yang sama setiap masa. Sehingga pabila kau merasa penat, akhirnya kau akan berbalik kepadaNya jua.
Tetapi pabila kau sudah terima apa yang kau impikan, jangan pula kau lupa bersujud kepadaNya, jangan pernah merasa ego di atassesuatu yang tidak kekal lamanya. Ego kau itu tidak lain hanya akan ditunduk oleh dugaan seterusnya. Dan kau akan kembali semula bersujud. Dia masih menerima walau kau cari Dia bila kau derita. Tetapi jika manusia yang kau cari? Sekali sahaja mungkin dia tersenyum menolong, kedua kalinya pula? Pandang dan lihatlah di atas, Yang sedang melihat, Yang sedang berkuasa mengatur. Apa yang susahnya jika hanya perlu sujud dan meminta? Maka yakinlah Dia akan makbulkan. Trust me. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti. Jika tiada, maka ia diganti dengan yang lebih baik. Dia tidak pernah menolak.
JANJI
Monday, April 3, 2017 ( 12:26 AM )
Sebak bagai hilang seluruh nyawa, Keringnya jiwa yang sedang dirasa, Bagai ketandusan yang sedang dibawa, Mengalirnya air mata bukan lagi sebuah kesedihan. Jatuh kerana diri sedang memberontak, hati yang bagai dilanda badai ombak, jiwa melayang pergi tanpa disedari, hilangnya semangat yang dulunya di puncak, pergi kerana sebuah harapan,
terbang hilang ditiup angin kencang,
jauh pergi.
Ah, itu semuanya hanya hiperbola sebuah kehidupan. Realitinya tiada siapa mengerti bahkan diri yang sedang alami. Untuk mengetahui norma hidup, kau harus kaji, mengapa ada kalanya di atas dan di bawah. Mengapa janji sering punah, yang tidak pasti terus dijadikan percakapan. Dan pabila tiba masanya, hilang bagai kertas ditiup angin. Kata kata yang besar menjadi kecil, diri yang menonjol terus menyorok di balik gua. Yang namanya sejati menjadi musuh diri. Yang penuh semangat, jatuh bagai hilangnya nyawa. Semuanya punah dilanda musibah. Musibah perjalanan. Jiwa akan terus memberontak berkata semuanya, tetapi sudah lupa yang disebelah juga berkata begitu pada diri kau.
Semuanya tidak boleh percaya.
Hidup bagai didalam sebuah khayalan, termimpi mimpi yang baik belaka.
Sehingga lupa realiti.
Bertalam.
Pergi.
If we; Should be getting under
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
Memories
Never get old all of these memories.
Maybe we're trying
Trying too hard; Maybe we're torn apart
TWITTER
FACEBOOK
INSTAGRAM
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
designer DancingSheep
Trying too hard; Maybe we're torn apart
links
ctrl + left click
{archives
watch me waste my life away
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
{credits
designer DancingSheep
Maybe the timing
Is beating our hearts; We're Empty
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite
Is beating our hearts; We're Empty
miscellaneous
my virtual barang
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite