e
m
P
t
Y
Tried to take a picture; Of love
I wanna fill this new frame; But it's Empty
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
I wanna fill this new frame; But it's Empty
profile
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
Tried to write a letter; In ink
I've got a piece of paper; But it's Empty
I've got a piece of paper; But it's Empty
masa.
Monday, February 16, 2015 ( 1:38 AM )
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,
bila diri diselubungi angin malam, diselimuti kegelapan malam. hujan yang turun tidak menentu, awan yang mendung tidak pada masanya, semuanya hanya akan ditentukan olehNya apabila dikehendakiNya. Kita sebagai manusia, hanya mampu menghirup udaraNya, hanya mampu menikmati keindahan disekeliling kita. Masa yang semakin berjalan lajunya, tidak menunggu sesiapa yang lambat dibelakang, masa tidak akan sesekali menunggu siapa yang masih lena bermimpi disiang hari, sesiapa yang masih duduk diam membisu seperti katak di bawah tempurung, dunia yang sudah berada pada satu tahap kemajuan diluar kemampuan yang sukar diterima oleh akal sendiri, ini lah abad ke 21, tidak lama lagi akan mencapai tahun 2020, dunia maju.
Masa, masa. masa. Manusia sekarang, memang tidak dinafikan, boleh dikatakan setiap manusia di dunia ini mempunyai jam. Jam dibeli berpuluh ribu, tetapi mereka masih tidak tahu 'menggunakan' jam dengan betul. Memang semua tahu masa itu emas, tapi tak semua faham makna tersirat 'masa itu emas' , sebab itu lah, kita sering berada dibelakang. Dibelakang kerana tidak mampu mengejar masa. Masa yang berlalu sangat pantas, seiring 'kelajuan cahaya', jadi apabila berada pada abad 21 tidak sesuai untuk diri kita terus terlena dibuai mimpi di siang hari. Angan angan melebihi usaha.
jom kita lompat menggapai angan angan. bukan hanya duduk diam membisu, lena dibuai mimpi !
Salam
zaman ini.
Tuesday, February 10, 2015 ( 6:33 PM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
hidup ini sudah tidak seperti dulu. dunia yang sekarang sudah tidak berupa seperti apa yang kita jangkakan. Kepantasan dunia ini mengaburi mindaku sendiri, mengatasi 'kelajuan cahaya', makin ia berputar makin kita lupa diri, makin kita dikaburi dengan indahnya dunia melebihi akhirat. Apabila duit dan pangkat mengatasi kuasa Tuhan yang sebenar. Kita sewenang wenangnya mengubah segalanya hanya dengan sekeping kertas yang mempunyai nilai. Kita sudah lupa siapakah diri kita sebenarnya, kita sudah lupa tujuan sebenar kita berada di atas muka bumi ini. Makin lama hidup di dunia ini, makin tersesat lah kita dengan kuasa kuasa teknologi yang sudah mengatasi segalanya. Hujan yang turun sudah kita tidak hiraukan apabila kita sibuk bermain dengan alatan alatan moden berkuasa tinggi. Ucapan 'Alhamdullilah' , 'Allahu Akbar' sudah lagi tidak menjadi satu sebutan yang biasa. Malahan sebutan itu sudah menjadi janggal bagi anak anak muda zaman sekarang. Hanyut ! Hanyut dibuai arus pemodenan dunia. Apabila Al Quran hanyalah satu perhiasan di dalam rumah, dan.. sejadah hanyalah satu kain yang disimpan di dalam Almari.Duit mengatasi segala galanya. Kita seringkali lupa Tuhan Sebenar apabila kita sedang mencari wang. Dimanakah keberkatan sesuatu hasil yang kita dapat ? Sekiranya hati ini sudah tidak lagi tunduk kepada Allah? Tanya pada diri.
Jangan kita lupakan akhirat
Jangan kita lupakan syurga dan neraka.
duit bukanlah segalanya.
♥♥♥
Salam.
perbezaan.
Sunday, February 1, 2015 ( 12:20 AM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
follower follower sekalian ☺
Seperti kebiasaannya, baru lah berpeluang aku untuk mengemaskini blogger aku ni. Semenjak lepas SPM, semuanya yang diimpikan, yang dijangkakan, tak jadi. Sebab semuanya terlalu sibuk dengan kerja masing masing, biasalah.
Semenjak aku kerja ni, pelbagai orang sudah aku hadap, pelbagai karenah telah aku jumpa. Semuanya dari pelbagai jenis rupa, bangsa dan agama yang memainkan perwatakan yang berbeza. Aku tak tahu kenapa aku terlalu nampak sangat jurang perbezaan orang kita dengan orang luar negara, daripada gaya mereka berbual, gaya mereka melakukan sesuatu semuanya jelas nampak berbeza. Secara jujur aku cakap, memang orang kita masih lagi berada di pemikiran tahap ketiga. Sukar untuk melakukan satu perubahan. Aku tak menafikan benda itu. Sebab aku pun sama seperti bangsaku sendiri, tetapi bila aku membuat perbezaan sedikit demi sedikit, barulah aku tahu, dan cuba untuk berubah. Tidak mengapa kalau perubahan itu sedikit, yang penting kita tidak lagi berada di satu tempat yang sama, ataupun masih lagi di dalam suasana yang lama, yang sudah lapuk !
Aku pernah tanya mak aku, apa beza orang yang berjaya dengan orang yang tak berjaya?
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan tak ialah berada pada soal kerendahan hati seseorang.
Yup, bila aku fikir balik, memang betul. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu merendahkan hatinya serendah rendahnya. Mereka diam bukan bermakna sombong, tetapi diam kerana berfikir. Mereka juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Berbeza pulak dengan orang yang tak berjaya. Mereka lebih banyak angkuh, kerana sukar untuk tundukkan hatinya. Bila mereka fikir mereka sudah banyak ilmu, tidak perlu lagi untuk mengulangkaji. Sedar atau tidak yang mereka secara tidak langsung telah menjahanamkan diri sendiri. Tidak melakukan perubahan.
Cuba fikir, orang yang tak pandai, dia tahu dia masih tak pandai, jadi dia terus melakukan ulangkaji, sampai lah dia berjaya. Nampak tak beza, bila orang mampu merendahkan hatinya untuk terus melakukan perubahan.
Lagi bagus kalau kita, sudah pandai, tapi kita terus merendahkan hati kita untuk terus mencari ilmu, sampailah kita berada di satu tahap yang dinamakan diOptimusprimedecepticon ! Haha
Sebelum aku terus merapu. Baik aku undur diri.
Salam.
If we; Should be getting under
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
Memories
Never get old all of these memories.
Maybe we're trying
Trying too hard; Maybe we're torn apart
TWITTER
FACEBOOK
INSTAGRAM
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
designer DancingSheep
Trying too hard; Maybe we're torn apart
links
ctrl + left click
{archives
watch me waste my life away
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
{credits
designer DancingSheep
Maybe the timing
Is beating our hearts; We're Empty
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite
Is beating our hearts; We're Empty
miscellaneous
my virtual barang
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite