e
m
P
t
Y
Tried to take a picture; Of love
I wanna fill this new frame; But it's Empty
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
I wanna fill this new frame; But it's Empty
profile
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
Tried to write a letter; In ink
I've got a piece of paper; But it's Empty
I've got a piece of paper; But it's Empty
Setiap nikmat yang diberikan
Friday, August 15, 2014 ( 7:03 PM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Di saat semua sedang meraih keseronakkan, pasti akan ada orang yang sedang bersedih. Di saat semua sedang meraih hari kebahagiaan, pastinya akan ada orang yang sedang meraih kekecewaan. Itu lah yang dinamakan lumrah hidup, satu aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada hambanya. Aturan perjalanan yang ditetapkan pasti akan ada kebaikan pada penghujungnya.
Kita mungkin tidak pernah melihat setiap detik kebahagiaan yang kita lalui itu secara terperinci, mungkin kita terlalu leka dengan sedikit kebahagiaan yang diberikan. Kita juga tidak pernah membuka ruang minda kita untuk memikirkan setiap detik kesedihan dan detik kekecewaan yang Allah beri. Ini lah sebabnya kita mudah lupa dan alpa terhadap dugaan yang Allah berikan. Inilah juga sebabnya mengapa kita baru hendak menadah tangan apabila kita ditimpa sesuatu musibah, kerana kita tidak pernah melihat dan mengkaji serta rasa bersyukur terhadap kebahagiaan dan nikmat yang Allah beri.
"Bersyukur terhadap nikmat yang diberikan" itulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila pergi ke majlis majlis ilmu, ataupun memasuki kelas kelas agama. Tetapi kita jarang sekali untuk menadah tangan dan mengucapkan rasa syukur kita terhadap nikmat yang diberikan. Kita juga tidak tahu mengaplikasikan nikmat yang kita dapat kearah kebaikan. Inilah puncanya, nikmat yang kita dapat tidak akan berkekalan. Rezeki kita juga akan berkurangan sedikit demi sedikit. Apabila perkara sebegini terjadi, mulalah kita menyalahkan orang disekeliling kita, mulalah kita menyalahkan takdir walhal, ia berpunca daripada diri kita sendiri yang tidak tahu bersyukur.
Terkadang, ada juga diantara kita, sudah melakukan dan menggunakan segala nikmat kita kearah kebaikan, tetapi kita tetap menerima dugaan yang berat. Ingatlah kita, bahawa setiap dugaan yang Allah berikan itu, adalah untuk kebaikan kita pada masa akan datang. Terkadang, Allah menghantar sesuatu dugaan kepada kita, kerana Allah merindui hambanya, dan Allah rindu untuk mendengar rintihan daripada hambanya, Allah rindu untuk mendengar luahan hati hambanya.
Oleh itu, belajarlah kita untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kita perlu belajar memaafkan diri sendiri dulu, barulah kita akan redha dengan segala ketentuan Allah. Barulah kita akan dapat melihat setiap detik kebahagiaan, setiap detik kekecewaan itu serta dapat mengkaji secara terperinci mengapa Allah turunkan setiap detik itu untuk kita? Kerana pastinya, Allah mahukan yang terbaik daripada Hambanya.
Assalamualaikum, Salam Maghrib.
Assalamualaikum, Salam Maghrib.
/sepatutnya bukan update sekarang, tetapi oleh kerana dah bosan menghadap buku, inilah masa lapang untuk mengemaskini blog. ♥
Tugas di dunia.
Sunday, August 10, 2014 ( 11:44 PM )
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim,
Kata orang, hidup di dunia ini bagaikan sebuah cerita dimana ada masanya kita bergembira, ada masanya kita akan sedih, ada masanya kita akan diduga, dan ada masanya kita akan tersenyum dengan rianya. Ada kalanya, kita tidak pernah menduga hidup yang pada awalnya indah laksana warna pelangi akhirnya menjadi kelam secara tiba-tiba, untuk mendapat sesuatu yang indah, kita memang perlu melalui satu rintangan yang amat besar, supaya daripada rintangan dan dugaan yang kita terima itu, kita akan jadikan sebagai satu pengajaran yang berguna, kata orang, "dugaan dan pengalaman sering mematangkan kita"
Walau apa pun rintangan dan dugaan yang kita terima, jangan pula kita lupa, kita mempunyai satu tugas yang besar di dunia ini, iaitu hidup untuk memakmurkan dunia, hidup untuk menyebarkan kebaikan di muka bumi. Janganlah kita hanya duduk di atas dunia ini, menjadi seorang yang tidak berguna kepada masyarakat dan tidak mengambil tahu tentang apa yang berlaku di atas muka bumi ini, kata orang, seperti katak di bawah tempurung. Semut yang walaupun bertubuh kecil itu pun, seringkali berguna, sering membuat kerja. Pernah nampak semut duduk depan tv tengok cerita Naruto?
Setiap makhluk yang hidup, mestilah mempunyai tugas, dan tugas yang hendak kita lakukan, mestilah sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah. Janganlah kita melakukan sesuatu perkara yang hanyalah sia sia dan tidak berguna. Buat lah sesuatu perkara yang berguna walaupun sedikit, tetapi ia tetap berguna, ia tetap akan membawa kepada kebaikan pada masa akan datang. Dan kita perlu ingat, setiap yang kita lakukan pasti akan ada dugaan yang akan datang, setiap jalan yang kita lalui pasti ada rintangan yang sedang menunggu. Sebab itu kita perlu kuatkan hati dan tetapkan pendirian kita apabila berada di atas jalan yang kita pilih.
Dan apabila kita menerima sesuatu dugaan itu, janganlah kita hanya duduk berdiam, kita mesti membuat satu kesimpulan dan cuba untuk berubah. Barulah kita menjadi orang yang berjaya. Orang yang hidup di dunia ini sebagai seorang yang berguna, dan boleh menyebarkan kebaikan di dunia. !
Bye selamat malam semua, goodnightttttt
Salam.
If we; Should be getting under
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
Memories
Never get old all of these memories.
Maybe we're trying
Trying too hard; Maybe we're torn apart
TWITTER
FACEBOOK
INSTAGRAM
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
designer DancingSheep
Trying too hard; Maybe we're torn apart
links
ctrl + left click
{archives
watch me waste my life away
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
{credits
designer DancingSheep
Maybe the timing
Is beating our hearts; We're Empty
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite
Is beating our hearts; We're Empty
miscellaneous
my virtual barang
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite