e
m
P
t
Y
Tried to take a picture; Of love
I wanna fill this new frame; But it's Empty
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
I wanna fill this new frame; But it's Empty
profile
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
Tried to write a letter; In ink
I've got a piece of paper; But it's Empty
I've got a piece of paper; But it's Empty
Sebuah Pengalaman, sebuah kisah, sebuah kehidupan.
Thursday, February 20, 2014 ( 9:26 PM )
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalmualaikum,
Bagi orang kebanyakan, kisah kehidupan mempunyai pelbagai episod. Setiap episod cerita ada cerita suka yang membuat kita tertawa. Sebaliknya, pada saat yang berbeza, air mata mengalir dalam diam. Namun, kebanyakannya ia sebuah cerita kehidupan yang dipenuhi dengan seribu macam pengajaran apabila dihayati secara mendalam dengan menggunakan hati nurani. Kata orang "Melihat dengan mata hati". Ada juga kejadian yang rupanya hampir serupa dengan jalan cerita kehidupan orang lain. Mirip sekali. Namun, ia berlaku dengan cara yang berbeza dan di tempat dan suasana yang tidak sama.
Begitulah kerja Allah. Dialah yang maha berkuasa memaniskan titik akhir kejadian yang pahit dan secara tiba tiba memuramkan kejadian yang sepatutnya kelihatan seperti menggembirakan. Akal manusia tidak dapat menelah dengan tepat apakah yang tersirat di sebalik kejadian itu terutamanya pada saat dan ketika itu.
Sesudah masa berlalu, manusia berfikir dan memandang ke belakang, setiap peristiwa yang terjadi kebiasaannya memberi kesudahan yang mengesankan terutamanya bagi mereka yang melihat setiap kejadian sebagai dugaan dan cubaan daripada Si Pencipa. Dalam kenyataan ringkasnya, pahit dan manis itu adalah nikmat dan rahmat Allah.
Tubuh badan dan jasad bukan milik sendiri. Kadang kala, ia umpama boneka tetapi diberikan akal bagi berfikir setiap kejadian. Maka berdasarkan akal itu manusia membuat pilihan antara kebaikan ataupun kejahatan. Itupun mengikut aturan yang ditetapkan olehnya.
Kadang kadang, aturan perjalanan umpama sebuah papan permainan Dam Tangga dan Ular. Pemain bergerak mengikut hitungan nombor dadu yang dilemparkan. Kadang kadang, ia bergerak pantas meniti anak tangga. Pada masa yang lain, terpaksa memulakan perjalanan semula apabila dadu yang dilempar memberikan gerakan yang terkena nombor dimakan ular.
Akhirnya, apabila sampai ke nombor penamat, kita melupai nombor nombor yang sudah dilalui, tidak lagi terkenang bagaimana dimakan ulat tetapi tersengih gembira atas kemenangan. Itulah hakikatnya seorang manusia, apabila menghadapi sesuatu yang pahit baginya, mulalah kita merasakan dunia ini terlalu susah. Tetapi apabila kita sudah melepasi sesuatu dugaan, kita mudah lupa apa yang kita lalui selama ini.
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja, dan Dia mengetahui apa yang ada di darah dan di laut ; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya; dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan(semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata"
-Surah al-An'am, ayat 59
Mula mengenal
Friday, February 14, 2014 ( 9:45 PM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
Tercungap-cungap, aku mencuri nafas dalam nafas, degupan jantung yang berada pada tahap maksima, seperti mahu keluar dari kantungnya. Akhirnya, aku mula mengukir tapak yang lebih laju dan lebih laju. Sememangnya aku gembira setelah aku pandai berlari. Bermula dari merangkak, berjalan dan kini aku berlari. Alhamdullilah.
Aku berlari kesana kesini, kadangkala akibat terlalu laju aku berlari, dek kerana terlalu ghairah, aku lupa untuk mengawal badanku, akhirnya aku terjatuh. Aku menangis kesakitan. Itu lah aku, lemah apabila terjatuh, suka apabila berada pada tahap yang aku minat.
Walaupun pada masa itu, aku tahu sakitnya tidak lah seberapa tetapi aku tetap menangis, menangis untuk meraih simpati daripada ibu bapaku. Aku menangis untuk menunjukkan yang aku sakit. Biasalah itu adalah lumrah bagi seorang manusia, cuba melakukan sesuatu untuk meraih simpati.
Walaupun pada masa itu, aku tahu sakitnya tidak lah seberapa tetapi aku tetap menangis, menangis untuk meraih simpati daripada ibu bapaku. Aku menangis untuk menunjukkan yang aku sakit. Biasalah itu adalah lumrah bagi seorang manusia, cuba melakukan sesuatu untuk meraih simpati.
Aku belajar mengenal huruf, setiap hari ibu ku cuba mengenalkan aku kepada huruf huruf itu. Mulanya, aku pening, tertanya dalam hatiku, "susahnya untuk belajar" namun aku cuba, aku mula mengenal huruf A, seterusnya B. Tetapi sudah mula lupa pada huruf ketiga. Lagu "ABC" sering berirama di dalam rumahku setiap hari. Lama kelamaan, aku sudah mula mengenal dan seterusnya sudah mula membaca. Aku gembira. Aku bersyukur. Walaupun diluar sana lebih pandai daripadaku, tetapi aku tahu satu hari nanti aku mampu lakukan yang terbaik.
Waktu Kecilku,
Sunday, February 9, 2014 ( 12:40 AM )
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Selesai sudah aku membuat sesuatu yang baru, dengan sekejap. Masih terbayang difikiranku, semasa waktu kecilku, aku merasakan dunia ini sangat susah bagiku untuk aku melakukan sesuatu yang orang lain mampu lakukan. Kepala ku pening memikarkan sesuatu perkara yang aku mahu melakukan. Merasa dunia ini berputar putar. Aku lemah, aku sering terjatuh. Keadaan fizikalku yang dulunya kecil, tidak bermaya dan sering dibantu oleh kedua ibu bapaku. Aku mula belajar merangkak, ibu ku yang senyum dihadapanku melihat aku sudah pandai merangkak sedikit demi sedikit. Aku tahu dia sangat gembira apabila melihat anaknya dapat melakukan sesuatu yang baru. Itu lah seorang insan yang dinamakan Ibu. Sewaktu aku pandai merangkak, aku sudah mula mengenal diriku, aku tahu aku boleh melakukan lebih daripada itu. Aku cuba sedaya upaya untuk berdiri, tetapi aku tidak berdaya, ye, aku sedar dimana aku memerlukan masa lagi untuk mencuba, mencuba dan terus mencuba sehingga aku dapat. Tetapi, lama kelamaan, ibu bapaku, memberiku satu benda baru yang dapat menolongku untuk berdiri dan berjalan, "walker". Ibuku mengangkatku, lalu dimasukkan aku kedalam walker. Aku cuba untuk menggerakkan kakiku, supaya aku dapat berjalan. Dengan kekuatan yang aku miliki, aku cuba mengukir tapak. Setapak demi setapak aku berjalan dengan bantuan walker, aku gembira. Apatah lagi kedua ibu bapaku? Hati mereka melebihi kegembiraanku. Aku tahu.
Lama kelamaan, aku cuba berjalan tanpa menggunakkan walker, ibuku memimpin tanganku, memberi satu daya dan tenaga supaya aku mampu berjalan dengan sendiri. Akhirnya, ibuku melepaskan tanganku, ye, aku dapat berjalan, alhamdullilah, aku tahu dengan iringan doa daripada kedua ibu bapaku, aku dapat melakukannya, aku sangat bersyukur apabila dapat berjalan, kerana diluar sana, ada manusia yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak bernasib baik.
Aku tahu, tanpa berkat dan doa serta pertolongan daripada ibu bapaku, aku tidak mampu melakukan sesuatu, aku percaya apabila hilangnya berkat daripada ibu bapa, aku susah untuk melakukan sesuatu dengan sempurna.
If we; Should be getting under
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
Memories
Never get old all of these memories.
Maybe we're trying
Trying too hard; Maybe we're torn apart
TWITTER
FACEBOOK
INSTAGRAM
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
designer DancingSheep
Trying too hard; Maybe we're torn apart
links
ctrl + left click
{archives
watch me waste my life away
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
{credits
designer DancingSheep
Maybe the timing
Is beating our hearts; We're Empty
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite
Is beating our hearts; We're Empty
miscellaneous
my virtual barang
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite