e
m
P
t
Y
Tried to take a picture; Of love
I wanna fill this new frame; But it's Empty
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
I wanna fill this new frame; But it's Empty
profile
Muhammad Fikri, 20 y/o 3rd of January 1997 MECHANICAL ENGINEERING | UTM | JOHOR
Tried to write a letter; In ink
I've got a piece of paper; But it's Empty
I've got a piece of paper; But it's Empty
Bahaya sampah di dalam Minda.
Monday, March 31, 2014 ( 2:54 PM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Semalam, aku try tonton game chelsea, sekali terpandang "Stamford Bridge", terus teringatkan Stamford Raffles, seorang pentadbir British yang lebih dikenali "Bapa Singapura". Aku masih ingat tahun dia jumpa singapura, 1819.
Aku mula termenung. Mengapa aku masih ingat perkara itu, sedangkan benda itu aku hafal untuk peperiksaan PMR. Aku belajar perkara itu 3-4 tahun yang lepas. Maklumat itu memang berguna dulu untuk mendapat markah dalam peperiksaan, tapi peperiksaan itu sudah lepas.
Kini maklumat itu sudah tidak berguna, buat apa masih menyimpan maklumat ini? Malangnya, aku tidak mampu membuang apa yang tersimpan di memoriku. Maklumat yang dikutip nampaknya akan kekal untuk sepanjang hidup.
Maklumat Stamford raffles adalah satu di antara beribu ribu lagi maklumat yang tidak berguna tetapi tidak boleh dibuang daripada ingatan. Apabila sesuatu itu tidak berguna, ia menjadi sampah,sedangkan bukankah sampah perlu dibuang?
Sampah di dalam minda akan tersimpan sampai bila bila melainkan kita gila atau sengaja menghantuk kepala ke batu. Inilah bahayanya.
Aku pernah percaya jika duduk di atas bantal, aku akan mendapat bisul. Aku juga pernah percaya yang aku tidak boleh berfoto bersama tiga orang. Nanti salah seorang daripada kami akan mati. Kesemuanya tidak betul
Senarai sampah di dalam minda ini begitu panjang. Kini, teknologi maklumat dan media semua dihujani pelbagai sampah fikiran. Sebaik sahaja ia termasuk ke dalam minda, ia akan melekap dan tidak boleh lagi dibuang dengan apa cara sekali pun. Kita mendengar fitnah, kita melihat orang yang memfitnah. Sebaik sahaja kita percaya tanpa memeriksa kesahihannya, fitnah itu akan lekat di fikiran. Maka berdosalah kita kerana mempercayai kepalsuan.
Kita dihidangkan dengan hiburan yang tidak menambah kepandaian diri dan meningkatkan budi. Malah, ia merosot dan meruntuhkan fikiran. Ia adalah sampah kerana kita tidak menjadi lebih bijak selepas menikmati hiburan. Sebab apa jadi begini ? Sebab ia disukai orang ramai, jadi kita tidak berasa ia tidak berguna. Sampah sampah fikiran beginilah yang menumpulkan daya berfikir.
Kalau lihat komputer, selalunya akan meningkatkan versinya dari setahun ke setahun. Contohnya, mula mula versi xp, vista, windows 7, windows 8 dan sebagainya nanti.
Malang sekali "komputer" yang paling canggih iaitu di dalam kepala kita semakin merosot versinya. Andainya, jiran kita menyapu sampahnya ke laman kita, kita boleh saja kaut sampah itu dana humbankan kembali ke lamannya. Tetapi bayangkan, jika jiran kita menyapu sampah ke laman kita, kita tidak boleh membuangnya keluar fikiran kita apabila kita tahu yang dia membuang sampah ke laman kita?
Fikirkan ayat akhir itu.
Assalamualaikum !
life
Friday, March 21, 2014 ( 11:16 PM )
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Tiga bulan berlalu, akhirnya aku berada pada malam kemuncaknya, dimana esok akan aku lakukan apa yang telah aku latih selama ini. Tiap kali terkenangkan akan hari esok degupan jantung ini semakin lama semakin tidak keruan, hati ku ini sering berbisik "mampukah aku","cukupkah ilmu yang ada". Diri tidak selari hati memanipulasi. Betapa beratnya menanggung beban harapan yg disandarkan pada bahuku ini.
Nah, mengapa harus kita toleh ke belakang jika jalan yang dihadapan kita tidak pasti , yang lalu biarlah berlalu apa yang dapat kita ambil hanya iktibar untuk menjadikan kita lebih berjaya . Tapi, mengapa aku begitu gusar memikirkan hari esok sedangkan aku pernah melaluinya dan aku pernah memenanginya. Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan nama yang begitu gah dikalangan srikandi dan srikanda . Tapi bukan mudah untuk menyertainya . Pernah bertanding dan menang bukan satu tiket buat aku untuk begitu yakin aku mampu melakukannya .
Sabar wahai hamba, kejadian yang bermula terjadi kerana sebab dan berakhir dengan hikmah . Tapi dalam kedukaan ini lahirnya rasa syukur kerana aku dibarisi rakan rakan yang sentiasa ada untuk mewarnai hari hariku yang aku sangka gelap sentiasa. Dikala aku memerlukan mereka sentiasa bersama
Kadang kita merasakan hidup ini bagaikan sebuah khayalan apabila apa yang kita impikan seringkali terjadi, apa yang kita mahukan seringkali kita dapat. Tetapi, kita terlalu mudah kecewa dan cepat berputus asa apabila kita sering dikecewakan, apabila apa yang kita impikan seringkali menghadapi kegagalan.
Kegagalan pada hari ini tidak bermaksud kita akan gagal untuk selamanya, kecewa hari ini bukanlah untuk kita fikirkan selamanya. Aku sedar bahawa, memori di dalam fikiran kita tidaklah seperti memori sebuah komputer yang senang untuk kita padamkan. Tetapi kita mampu berfikiran positif, berfikir tentang titik titik manis dalam kehidupan kita.
Namun, kita juga perlu sedar bahawa hidup kita ini bagaikan putaran roda, mungkin dulu kita sering berada diatas, tetapi sedarlah kita juga perlu bersedia untuk menerima ujian dan dugaan Allah yang sudah pastinya berat bagi diri kita . Assalamualaikum
-fik&fir-
Mengapa Menyukai Apa yang kita tiada.
Friday, March 14, 2014 ( 6:54 PM )
Mengapa menyukai Apa yang kita tiada?
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Pernah tak kita nampak, budak budak kecik, lebih suka tengok barang yang orang lain suka, daripada barang dia? Tak pun, pernah tak kita alami, masa kecil, ibu bapa kita belikan kita mainan lain, adik kita punya mainan lain, lepastu kita merasakan mainan kita tak best, lebih suka mainan adik. Mengapa? Pernah terfikir, kenapa kita suka benda yang kita tiada?
Sekali pandang, sudah menjadi adat bagi kanak kanak berebutkan sesuatu sama ada benda atau makanan. Tetapi, jika dilihat daripada sudut kejiwaan, sikap menyukai apa yang kita tiada sudah tertanam di dalam diri kita. Ini kerana kehendak kita pasti dilayani ibu bapa. Apa sahaja yang dikehendaki akan ditunaikan. Akhirnya, ia menjadikan kita berasa mudah memperoleh sesuatu. Apabila kita dewasa, pelbagai kekangan menyekat kita memperoleh apa yang dihajati secara mudah. Lalu ia terpendam hingga menimbulkan rasa tidak puas dengan apa yang ada.
Dari sudut positif, menyukai apa yang kita tiada itu menjadikan kita mencabar diri untuk memperoleh sesuatu yang lebih bagus. Pemikiran yang sentiasa inginkan sesuatu yang lebih baik adalah sikap terpuji. Tapi, ia boleh menjadi masalah kepada diri, apabila kita menghalalkan cara untuk mencapai matlamat, lantas kita tergamak menipu sijil untuk memperoleh jawatan, kita sanggup merasuah untuk mendapatkan sesuatu.
Kalau tengok dari sudut negatif, sikap menyukai apa yang kita tiada ini berakar akibat rasa rendah diri. Lalu merasakan apa yang kita ada tu tak best lah, tak elok lah. Kerana itu, ada orang sanggup beranggapan, bapa orang lain lagi best dari bapa sendiri. Kita terkadang merasa tempat kerja lain lagi best daripada tempat kerja sendiri. Yang pasal kerja memang aku akur. Ehh? Hehe
Kita kena sedar, apabila kita terlalu inginkan sesuatu hingga berasakan apa yang kita ada itu tidak elok, ia adalah petanda yang kita sudah lupa BERSYUKUR. Sikap syukur akan membenihkan sifat sabar. Bersabar dengan berasa cukup dengan apa yang ada pula akan mencambah sikap qanaah. Tahu apa tu qanaah ? iaitu berpada dengan apa yang ada.
Sebaliknya, apabila kita lebih menyukai apa yang kita tiada, ia akan membenih sifat tamak hingga cemburu dengan apa yang ada pada orang lain . Lebih buruk lagi andainya kita bersifat dengki dengan merampas apa yang orang lain ada.
Sepatutnya, kita bukan melihat apa yang orang lain ada, tetapi kita kena renung apa yang orang lain tiada. Maksudnya apa? Maksudnya kita mesti tenung dari kaca mata spiritual mereka lebih rendah, lebih daif lebih susah atau mungkin lebih bernasib malang daripada kita.
"Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dengan cara itu kita semakin bersyukur bukannya semakin kufur iaitu Syukur Nikmat bukannya Kufur Nikmat .
Entry ini sebagai nasihat, dan sebagai panduan kepada semua dan juga terutamanya pada diri aku. Kita kena amalkan Sifat syukur, kita kena cuba bersyukur walaupun sedikit. Berusahalah menjadi yang terbaik, kerana kita manusia, tidak lari daripada melakukan kesilapan. Berdoalah, supaya kita ditanamkan sifat syukur. Amin.
If we; Should be getting under
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
These sheets; We could lie in this bed; But it's Empty
Memories
Never get old all of these memories.
Maybe we're trying
Trying too hard; Maybe we're torn apart
TWITTER
FACEBOOK
INSTAGRAM
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
designer DancingSheep
Trying too hard; Maybe we're torn apart
links
ctrl + left click
{archives
watch me waste my life away
February 2014
March 2014
August 2014
October 2014
November 2014
December 2014
February 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015
January 2016
February 2016
May 2016
June 2016
August 2016
September 2016
November 2016
January 2017
February 2017
March 2017
April 2017
May 2017
June 2017
June 2018
September 2018
{credits
designer DancingSheep
Maybe the timing
Is beating our hearts; We're Empty
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite
Is beating our hearts; We're Empty
miscellaneous
my virtual barang
now playing
Cover Your Tracks, A boy and his kite